Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Bulan Ramadhan ke Ramadhan lainnya, dan Jumaat (hari) Jumaat
berikutnya, dan solat ke satu solat waktu yang berikutnya menghapus dosa
yang dilakukan di antara keseluruhan itu, bila menjauhi dosa besar”. (Riwayat Muslim)
“Dalam bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan sabar, tabah (menghadapi bencana) pahala syurga”.
“….dalamnya (bulan Ramadhan) hujungnya merupakan rahmat, dan di
tengah-tengahnya pengampunan, dan di akhirnya selamat daripada neraka”.
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mendirikannya
dengan iman dan ihtisab kerana Allah semata-mata, maka diampunkan
baginya dosa-dosa yang lepas”.
Berkata Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa menjumpai bulan
Ramadhan, lalu ia tidak diampun dosanya, mudah-mudahan Allah menjauhkan
(rahmat-Nya) padanya, ucapkanlah amin”. Maka sabda Rasulullah s.a.w,“Amin”…
Persoalannya, mengapakah ia dijauhkan daripada rahmat Allah
S.W.T?…Ya, kerana pada bulan Ramadhan itu sangat mudah mengerjakan
amal-amal yang menyebabkan ia diampun dosanya. Oleh itu, orang yang
tidak mendapatmaghfirah pada bulan Ramadhan beerti ia terlalu
berpaling daripada Allah dan terang-terangan menentang-Nya. Maka,
wajarlah ia dijauhkan dari pintu rahmat Allah. Mudah-mudahan Allah
menjauhkan kita daripada murka dan siksaan-Nya. Amin.
Sebuah hadis lagi menyebutkan:
“Ketika datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu syurga dan
terkunci pintu neraka, dan terbelenggu para syaitan”. (Riwayat Muttafiq
alaihi)
Pada setiap malam Ramadhan itu pula sentiasa ada seruan :
“Hai pencuri kebaikan, hadapkanlah jiwamu; dan eahai pemabuk kejahatan, sedikitkanlah!!”
Sebuah keterangan lain menyebutkan bahawa sesiapa yang beribadah
fardu pada bulan Ramadhan, maka ibadahnya itu dapat menyaingi 70 ibadah
fardu yang dikerjakan pada bulan lain. Kalau mengerjakan ibadah sunat
pada bulan Ramadhan, dapat mengatasi ibadah fardu yang dilakukan pada
bulan lain. Jadi, ibadah sunat yang dikerjakan pada bulan Ramadhan
kedudukannya sama dengan ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan lain.
Ibadah fardu yang dikerjakan pada bulan yang mulia ini akan
dilipatgandakan sehingga 70 kali.
Adab Orang Berpuasa
Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ada adabnya. Ini kerana puasa
itu tidak akan diterima kecuali dengan memenuhi adab tersebut.
Moral terpenting bagi orang yang sedang berpuasa ialah
Harus menjaga mulutnya daripada berbohong, mengumpat dan membebel yang tidak ada gunanya.
Menjaga kedua-dua mata dan hidung daripada melihat dan mencium hal-hal yang haram atau perbuatan lain yang melampaui batas.
Menjaga perutnya daripada makanan-makanan yang diragui lebih-lebih lagi yang haram terutama pada waktu berbuka puasa. Berkata orang budiman :
“Ketika kamu berpuasa maka lihatlah atas sesuatu apa yang kamu berbuka, dan di tempat siapa kamu berbuka”
Kata-kata di atas adalah satu peringatan buat kita, agar berhati-hati
pada waktu berbuka puasa; dari mana harta itu? Dan di rumah siapa kita
sedang berbuka?
Wajib menjaga seluruh anggota tubuh daripada lembah dosa dan maksiat Khaliqnya.
Dengan menjaga semua itu, insya-Allah puasa seseorang itu akan
sempurna dan bersih daripada noda. Banyak orang yang penat berpuasa,
menahan lapar dan dahaga pada siang hari, tetapi anggota tubuhnya
melakukan maksiat, maka hanguslah puasanya dan sia-sia pula usahanya.
Ini bersesuaian dengan apa yang diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w :
“Berapa banyak orang yang berpuasa ia tidak mendapt pahala daripada puasanya itu kecuali lapar dan dahaga”.
Oleh itu, orang yang berpuasa itu harus bersungguh-sungguh menjauhi
maksiat. Ia harus dan wajib menghindar daripada perbuatan dosa. Walaupun
tidak berpuasa harus juga menghindari maksiat apalagi yang sedang
berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Puasa adalah perisai, maka apabila ada hari puasa salah satu si
antara kalian, janganlah berkata kotor, dan jangan fasiq, dan jangan
bodoh (mengerjakan sesuatu yang biasa dilakukan orang bodoh). Maka
apabila ada seseorang yang memusuhinya atau hendak membunuhnya, maka
katakanlah. ‘Maaf, saya sedang berpuasa’…”.
Jangan terlalu banyak tidur di siang hari dan banyak makan pada malamnya.
- Lakukanlah sesederhana yang boleh sehingga kamu dapat merasakan panasnya lapar dan dahaga.
- Dengan itu, jiwa akan menjadi bersih, syahwat akan lemah dan otak menjadi terang.
- Di situlah maksud dan tujuan diwajibkan berpuasa.
- Jauhkanlah daripada bermewah-mewah dan menurut nafsu perut,abdulbutun yakni hamba perut.
Peringatan di atas tadi adalah disebabkan kebanyakan orang
beranggapan bahawa berbuka adalah sebagai pengganti makan pada waktu
siang. Ada juga yang menurut perasaan kerana tidak sabar menahan lapar
pada siang hari, sebaik sahaja beduk Maghrib dipukul, habis hidangan
yang telah disediakan petang tadi. Semuanya dilahap, tiada sedikitpun
makanan yang tinggal. Bahkan, kalau boleh hendak ditelan semua sekali
gus keseluruhan makanan itu. Masya-Allah, sesungguhnya inilah
orang-orang yang terpedaya. Ia tidak perasan bahawa ia telah dilalaikan
oleh iblis laknatullah kerana iblis iri hati dengan pahala besar yang
terdapat dalam bulan Ramadhan. Orang seperti ini sudah tentu tidak akan
memperoleh berkat, rahsia atau hikmah daripada puasanya itu. Puasanya
tak dapat memberi kesan dalam hatinya. Walaupun ia berpuasa, namun masih
tetap seperti biasa (tiada kemajuan). Ia tidak dapat merasakan
nikmatnya munajat kepada Allah S.W.T. Hatinya tidak terusik ketika
mendengar kitab Allah di baca, begitu juga ia tidak khusuk tatkala
mengingati-Nya (zikir).
Tidak menyibukkan diri dengan urusan semata-mata, tetapi memanfaatkan kesempatan yang berharga itu untuk beribadah dan taat kepada Allah S.W.T.
- Ia bekerja sekadar perlu sahaja; sekadar untuk mencukupi keperluan keluarga dan orang yang menjadi tanggungannya.
- Ini kerana bulan Ramadhan merupakan raja segala bulan san hanya setahun sekali sahaja kita menemukannya.
- Oleh itu, manfaatkanlah bulan yang istimewa ini untuk
menabung amal kebaikan sebanyak-banyaknya sebagai bekalan pada Hari
Kemudian.
Sunat-sunat Puasa
Segera berbuka puasa dan mengakhirkan solat Maghrib.
- Makanan yang terbaik untuk berbuka ialah kurma, tetapi jika
tiada kurma cukuplah dengan air. Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum
mengerjakan Solat Maghrib.
- Sabda Baginda :
“Umatku senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka”.
Mengakhirkan sahur.
- Dengan mengakhirkan sahur akan membantu memberi kekuatan tubuh pada siang hari.
- Waktu yang terbaik ialah kira-kira 1/2 jam sebelum masuknya waktu fajar.
- 2 keuntungan mengakhirkan sahur ini iaitu mengerjakan sunnah mengakhirkan sahur dan dapat menemukan waktu solat subuh.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Bersahurlah kerana dalam sahur itu terdapat barakah”. (Riwayat Muttafiq alaihi daripada Anas)
Menurut Zaid bin Thabit r.a ;
“Kami akan sahur bersama-sama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri
mengerjakan solat. Ditanyakan, ‘Berapakah jarak antara kedua-duanya?’
Zaid berkata, ‘Lima puluh ayat’… ” (Muttafiq alaihi)
Memberi buka kepada orang yang berpuasa meskipun dengan hanya dua butir kurma atau seteguk air.
- Sabda Rasulullah :
“Barangsiapa memberi buka kepada orang yang berpuasa maka hendaklah
ia mendapat pahala seperti pahalanya orang yang puasa itu, tanpa
dikurangi sedikitpun daripada pahalanya”.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar