Mereka yang
mendapat azab atau siksa kubur adalah karena semasa di dunia ini mereka
melakukan salah satu atau lebih dari pada 17 dosa dan kesalahan yang dilarang
oleh Allah SWT.
Disebutkan
oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa seksa kubur ditimpakan kerana
berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan
(mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali :
“Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu
diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada
kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”
2. Tidak
basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur
itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
3. Solat
tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima
solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah
S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada
sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya
untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi
S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut
dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.
4. Berdusta.
Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai
Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia.
Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta
sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan
kamu di kemudian hari.”
5. Melalaikan
dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “
Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka
Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab
yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”
6. Tidak
mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa
mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di
hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa
dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya
kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa,
sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”
7.
Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan
zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya
, di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di
dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)
8. Mencuri.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri
itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
9. Berkhianat.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya
empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat
padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila
diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat
janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no.
34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)
10. Menfitnah
sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga
orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
11. Makan
riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman ,
bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika
kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan
sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan
jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu
tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
12. Tidak
menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang
maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan
perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai
perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling
menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)
13. Minum
khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud: “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan
tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami
(memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.”
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
14.
Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya
: “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya
pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)
15.
Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang
membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal
ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan
azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan
mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya
dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua
sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah,
inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’
Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”
16. Mencaci
sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud :
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara
orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan
baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan
bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal
di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah
ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang
menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir
(yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal.
36].
17. Mati
dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa
membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala
orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan
barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya
dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya”
(Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah,
Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).
Imam Ibnu
Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, “Ketika keadaan manusia banyak yang
melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan
diseksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya,
kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan
dan seksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi
di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk
mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi
dipenuhi.” Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan
seksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena seksa kubur, yakni
berbagai macam maksiat dan dosa.
Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah
menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap
hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.
Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada
malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia
meninggal dalam keadaan telah bertaubat.