Dalam menjalani hidup ini terkadang manusia dilanda rasa suka dan duka,disaat dunia ini lagi gelap gulita dan masih jahiliyah orang2 zaman tsb sangat berduka karna tak ada pembimbing mereka setelah beberapa saat kemudian lahirlah seorang Nabi yg mulia yg akan membawa kepada kebenaran dan merubah kehidupan kearah cahaya terang benderang yakni Nabi Muhammad SAW disaat itulah orang2 pun menyambut kedatanganya rasa suka pun menghiasi mereka sampai Nabi Muhammad wafat
Ketika Nabi Muhammad wafat mereka pun kembali berduka apakah ada seseorang yg akan membimnbing mereka pada kebenaran disaat itulah sebelum Nabi Muhammad wafat beliau berwasiat :
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
Disaat itulah para umat dan sahabat menangis dan berduka sedalam2nya bahkan langit bumi serta para malaikat termasuk Malaikat Jibril enggan menyaksikan manusia yg Mulia ini dicabut nyawanya dan akan kembalinya Nabi Muhammad SAW kepada kehadirat Allah SWT.
Berikut adalah tanda-tanda 7 hari sebelum Nabi yg Mulia ini wafat menurut beberapa sumber :
Minggu, 4 Rabi'ul Awwal 11 H (Seminggu sebelum wafat)
Rasulullah baru saja kembali dari ziarah maqam para
sahabat (baqi '), ketika Jibril menemui Beliau dan mengajukan dua pilihan.
Apakah Rasulullah menginginkan dunia dan segala isi kandungannya, atau bertemu
Allah SWT? Dan Rasulullah Saw memilih pilihan kedua.
Setibanya di rumah, Aisyah ra. menyambut Rasulullah
seraya berkata: "Wahai Rasul, kepalaku pusing". Rasulullah-pun
tersenyum, "Demi Allah wahai isteriku, kepalaku juga pusing sekali".
Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah sambil bersendagurau, "Apa yang
menjadi beban fikiran, bila engkau meninggal duluan sebelum aku?"
Sambil bersenda mesra Aisyah menjawab, "Demi
Allah, jika demikian wahai Rasulullah, Engkau tinggal kembali ke
isteri-isterimu yang lain". Rasulullah tersenyum mendengar jawapan Aisyah,
dan Beliau tidur pada malam itu dalam keadaan sakit. Inilah permulaan sakit
Rasulullah yang menyebabkan wafatnya beliau.
Rabu, 7 Rabi'ul Awwal 11 H (Lima hari sebelum wafat)
Seperti biasa Rasulullah mengunjungi isteri-isterinya
secara bergilir. Dan setibanya di rumah Maimunah ra, sakit Beliau tiba-tiba
bertambah parah. Lalu Rasulullah memanggil isteri-isterinya untuk berkumpul,
lalu meminta izin agar boleh dirawat di rumah Aisyah ra. Keadaan Rasulullah
semakin parah, beliau terpaksa dipapah oleh Fadhil bin 'Abbas dan Ali bin Abi
Talib menuju ke rumah Aisyah, sedang kedua kaki Beliau sudah tidak boleh
menapak tanah.
Khamis, 8 Rabi'ul Awwal 11 H (Empat hari sebelum
wafat)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya tujuh bejana
berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Dalam posisi duduk, Rasulullah
dimandikan dengan air tersebut. Kerana merasa pusingnya agak berkurang,
Rasulullah keluar dan berkhutbah di hadapan umatnya. Dan pada hari itu juga,
Rasulullah masih sempat solat maghrib berjamaah bersama para sahabat.
Itu merupakan khutbah terakhir Rasulullah, dan solat
terakhir beliau bersama para sahabat dan pengikutnya.
Minggu, 11 Rabi'ul Awwal 11 H (Satu hari menjelang
wafat)
Rasulullah membebaskan semua hamba sahayanya, dan
menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. Tidak ada yang
tersisa dari harta Beliau kecuali disedekahkan semuanya.
Isnin pagi, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari wafatnya
Rasulullah)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh
berjemaah, dan Abu Bakar ra bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu
rumahnya yang bersebelahan dengan jamaah solat. Rasulullah tersenyum melihat
para sahabatnya mendirikan solat. Beliau teringat perjuangan menyebarkan Islam
yang telah beliau tempuh bersama para sahabatnya itu selama 23 tahun.
Abu Bakar dan sebahagian jamaah sedar kalau Rasulullah
sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Nyaris saja Abu Bakar
melangkah mundur sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun
Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum
dan menutup kembali pintu rumahnya.
Itu adalah kali terakhir para sahabat melihat
Rasulullah sebelum beliau wafat. Dan juga kali terakhir Rasulullah melihat para
sahabat, dan saat itu mereka dalam keadaan sedang solat.
Isnin, waktu dhuha, 12 Rabi'ul Awwal 11 H (Hari
wafatnya Rasulullah)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau,
dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. "Selamat datang wahai
puteriku" Sapa Rasulullah. Lalu beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah,
seketika Fatimah menangis. Rasulullah membisikkan untuk kedua kalinya, dan
seketika itu pula Fatimah tertawa.
"Apa yang dikatakan Rasulullah saw kepada
kamu?" Tanya Aisyah ra.
"Pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku;
'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan
ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin
petanda ajalnya sudah dekat '. Makanya aku menangis ". Jawab Fatimah Ra.
Lalu Fatimah melanjutkan, "Yang kedua, Rasulullah
menanyakan, 'Apa kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan
melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang
yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu
", tuntas Fatimah ra.
Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan
putri tercintanya Fatimah Ra.
Isnin, saat-saat wafatnya Rasulullah, 12 Rabi'ul Awwal
11 H
Di saat-saat terakhir, datang Abdurrahman bin Abu
Bakar (Abang dari Aisyah ra) dan ia membawa siwak (kayu yang biasa digunakan
untuk membersihkan gigi). Aisyah melihat Rasulullah memperhatikan siwak
tersebut, dan lewat isyarat isterinya tahu Beliau seperti ingin bersiwak ketika
itu. Lalu Rasulullah duduk bersandar di pangkuan Abdul Rahman. Aisyah ra.
langsung tanggap dan meminta siwak dari Abdurrahman agar diberikan kepada
Rasulullah, dan bersiwak adalah pekerjaan Rasulullah yang terakhir sebelum
menemui ajal.
Setelah selesai bersugi, Rasulullah memandang ke atas,
dan bibir beliau berkomat-kamit pelan hingga Aisyah ra mendekatkan wajahnya dan
mendengar Rasulullah berdo'a;
مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين, أللهم اغفرلي وارحمني والحقني بالرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى
Artinya:
"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri
nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para
shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku
dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi
.. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha
Tinggi ..
Setelah membaca kalimat di atas, Rasulullah membasuh
wajahnya dengan air yang terdapat di sisi beliau, dan kembali melafadhkan;
إن للموت لسكرات .. أللهم الرفيق الأعلى .. أللهم الرفيق الأعلى ..
أللهم الرفيق الأعلى
Artinya:
"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi
'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah,
Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. "
Pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda,
Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali
sayang Rasulullah pada kita.
Lalu Rasululllah-pun menghembuskan nafas terakhirnya
..
Anas bin Malik mengisahkan,"Tiada hari yang
paling indah dan cerah selain hari kedatangan Rasulullah saw. ke Madinah. Dan
tiada hari yang lebih mendung dan muram daripada hari ketika Rasulullah saw.
wafat di Madinah"
Inilah makam Nabi Muhammad SAW yg terletak di masjid Nabawi,Madinah Al-Munawaroh semoga disuatu saat kita bisa berkunjung ketempat peristirahatan terakhir yg mulia ini dan juga kita selalu mengerjakan apa yg dikerjakan beliau semasa hidupnya dan menjauhi apa yg dilarangnya,Amiin .....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar